Thursday 24 October 2013

PERMAINAN SEMERTA

PERMAINAN SEMERTA Permainan semerta ialah suatu usaha untuk memainkan sesebuah lagu tanpa persediaan. Contoh : Jika seorang pelajar disuruh bermain sesebuah lagu, pelajar tersebut harus menggunakan skor yang diberi kemudian dia perlu cuba sedaya upaya untuk menghasilkan sesuatu persembahan yang menarik. Pelajar harus mengambil perhatian tentang tempo, tanda nada dan tanda masa dalam skor tersebut. Kaedah melaksanakan permainan semerta : 1. Lihat skor yang diberi. Kenalpasti tanda masa, tanda nada dan tempo dalam lagu yang diberi. 2. Pastikan melodi yang diberi dapat dikenalpasti. Jika boleh, ia dapat dinyanyikan oleh seseorang pelajar. Sekiranya seseorang pelajar dapat menyanyikan lagu itu dengan cara semerta, dia tidak akan menghadapi kesulitan dalam permainan semerta. 3. Tentukan tempo yang akan digunakan dalam permainan semerta. 4. Semak skor yang diberi sama ada terdapat tanda kromat seperti syap, flet atau natural pada not-not yang tertentu. 5. Seterusnya, tentukan kord-kord yang akan digunakan. Jika kord-kord diberi, pastikan kord-kord tersebut boleh dimainkan oleh pelajar. 6. Setelah selesaikan semua kaedah yang tersebut di atas, calon akan mula bermain lagu itu.

0 comments:

Post a Comment

 

MZU3106 KECEKAPAN KIBOD II Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template